welcome!


Happy reading ye..harap aku ade give something benefit pada anda semua..sikit pon jadilah yo :D



Tuesday, February 22, 2011

CARA MEMBANTU SESEORANG YANG TENGAH NAZAK

Assalamualaikum..wrt.
 
Aku baru lepas tengok video dekat fb, member post 'kemalangan ngeri'. aku tengok sipi2 je..sbb takut pening kepala. Saksi tu rekod, brader tu tersepit dekat kereta..darah x berhenti mengalir kluar dr kepala..'tolong..tolong sy bang..tolong'. Kesian memang kesian. ade orang dekat sekitar tu..'ngucap2! ngucap!'.. tahniah dekat brader tu..tp cara nya kurang sesuai aku rasa. Dalam keadaan brader eksiden tu camtu..agak mustahil dia dapat ikut ngucap. mungkin la brader yg cuba nk aja ngucap tu pon panik..sbb tgk kepala dia camtu..dengan kaki hancur. Ya Allah..sungguh aku takut ya Allah jika mati dalam keadaan tanpa sempat menyebut nama Mu ya Allah. Terus terbayang..suami aku..mak abah..anak2.. Terus terbayang segala dosa pahala aku selama ni..Ya Allah Ya Rabbi..lindungi la kami ya Allah dari mencium nerakaMu walau sungguh kami x layak untuk masuk ke nerakaMu ya Allah.
 
 
berikut aku ade jumpe blog yang ada ajar cara hadapi kematian
 

 
DIPANJANGKAN...........(Dihantar melalui email)
MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN
 
Assalammualaikum
Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin , dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah den gan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).
 
Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin -
yang lain2 bole bersama2 semak.
ii.Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara yang terdekat mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Ya sin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa ila ha illallah'lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan den gan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.
 
Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama.
Wassalam.